Muqadimah

Blog ini telah dihasilkan pada tahun 2008 bagi mempromosikan dorm ini di sekolah SBPI Temerloh dan sekolah lain.Justeru ,memantapkan lagi pentadbiran L25 pada tahun hadapan bagi mencapai wawasan dorm ini dan sekolah.Oleh itu diharapkan semua yang mengikuti Blog dorm ini memberi sokongan yang padu supaya kami dapat mencapai misi kami.Banyak maklumat luar dan dalam sekolah yang disajikan.Semoga semua dapat maklumat informasi tentang dorm kami ,sekolah ,negara, dunia,agama dan akhirat.InsyaAllah


“Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.”
Cubalah perhatikan, betapa itmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan martabat sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui dengan ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.



Sejarah L25

ketua dorm 04/05-Hanif
ketua dorm 05/06-Azwan Ali
ketua dorm 06/07-Fareez
ketua dorm 07/08-Fakhrul Iqbal
ketua dorm 08/09-Kharin Anwar

Jawatankuasa 2008/2009

ketua dorm-kharin anwar
setiausaha - mohd hadri
Bendahari-not been undetified

Ahli dorm tetap:-Syafiq zaimi
-Amirul Azizi
-Muhammad Azim
-Muhammad Farizhul
-Ruzaini Hasif
-Ikram
-Arshad
-Amirul Rafiq

Ahli dorm tidak tetap:-Zakwan
-Hasnul Hisyam
-Mohd Fadzhil
-Ashraf Johari
-Farhan Harun
-Hafizuddin(MUWA)
-Anas
-Aidil Azim
-Pack dose(berpindah)

Kami berharap kamu semua mendoakan kejayaan kami.

Setiausaha dorm


Saturday, February 28, 2009

jualan L25 troopers

selepas tahun baru cina,pasukan l25 troopers melancarkan satu perniagaan yang pertama kali diadakan pada tahun ini.Tujuan perniagaan ini adalah untuk:-

1)mengikut sunat Rasulullah s.a.w
2)menimba pengalaman dalam perniagaan
3)pandai mencari peluang
4)melatih diri untuk menjadi lebih berani
5)melatih diri bersabar

modal:+-60
untung :+-48(148)

semoga kami dapat menjalankan perniagaan dengan berkat Allah s.w.t.InsyaAllah

Tuesday, January 27, 2009

kedatangan budak form 1....

pada 12 januari 2009 ,pelajar form 1 berdaftar di SBPI Temerloh.seramai 58 orang pelajar telah dipilih oleh kementerian terus menjadi pelajar Sbpi Temerloh.Dorm L25 mengalu-alukan pelajar form 1 ini datang ke bilik baru mereka.Layanan yang baik telah diberikan.Sesi perkenalan diadakan bersama ahli dorm dan ahli bukan dorm L25.

Pelajar Form 1 first in tape:

-Shazmi Hakimi-duduk di cameron Highland
-seorang yang baik budi pekerti

-Zulpeka-Pelajar yang tinggi
-Adik kepada Zulfaizin

Dengan kedatangan dua pelajar Form 1 harap dapat lebih memeriahkan lagi Dorm L25.

Saturday, January 24, 2009

Bonda ingin berpindah?????


pada minggu ke-2 sekolah....pelajar2 telah digemparkan dengan perpindahan Bonda tersayang ke SBPI Gombak. Hal ini amat mendukacitakan pelajar2 SBPI Temerloh kerana bonda merupakan seorang yang peramah walupun tegas terhadap pasu kesayangannya.Persiapan rapi telah dijalankan oleh barisan pemimpin 08/09.Khabarnya minggu itu bonda tension dan perlukan ketenangan .Di smping itu ramai pelajar yang mengimbas kembali detik manis mereka bersama bonda,mungkin mereka tidak akan dapat pengetua yang baik seperti bonda walaupun beliau begitu sensitif.Tetapi akhirnya dia terus menjadi pengetua utk tahun ini mungkin hingga tahun hadapan sebelum beliau akan bersara .

Sekolah bermula...

Pada tahun ini,semua pelajar diletakkan dalam kelas yang sama seperti tahun lepas.Hal ini tidak dapat dikenal pasti sebabnya....tetapi itu tidak penting.yang penting keazaman untuk belajar terpahat di hati setiap ahli dorm l25 pada tahun terakhir bonda ini dan untuk mencapai wawasan dorm dan sekolah.

jamuan dorm l25 2009


pada 5 januari 2009,boleh dikatakan semua ahli dorm l25 bersama-sama menjayakan jamuan awal tahun ini.diharapkan semoga ia memberi suntikan semangat dan faedah untuk kami.....walaupun makan KFC sahaja,tapi ia dapat merapat hubungan silatulrahim anatara kami....sekian,wasalam

Sunday, January 4, 2009

SLAMAT TAHUN BARU DAN SLMAT KEMBALI KE SKOL

pastinye tahun baru ini menyuntik kita untuk menjadi ebih baik.pada tahun ini keaadaan lebih meruncingkan bagi ahli dorm l25 form 5 tahun 2009.walaupun memikul tugas yang berat tahun ini keranan banyakmemegang jawatan.diharap segala program berjalan lancar .

JAWATAN DISANDANG

anwar-ketua dorm,pengerusi persatuan bola baling,bakal mencuba memasuki skuad sekolah bola baling.....

rafiq -ajk form 5 rumah aminuddin baki,bakal pemain squasy sekolah.....

hadri-setiausaha rumah aminudin baki,setiausaha dorm,bendahari persatuan bahasa arab

arsyad-bendahari rumah,bendahari dorm

santos-ahli dikir barat sekolah,

amirul azizi-ahli briged bestari,

hasif-ajk form 3 rumah aminudin baki

semoga semua berjalan lancar

Saturday, December 27, 2008

maal hijrah banyak hikmahnya.....


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


apa kate mereka????


dorm l25


form 1-pastinye akan menjadi lebih matang daripada dahulu....lebih menghormati senior dan menjaga hati adik yang x lame ld ade....


form 2-memastikan mereka mendapat 9a dalam PMR terutamanya Hasif.Lebih mementingkan masa dari terbiar begitu sahaja.


form 3-Banyakkan bertawakal dan bersyukur kerana setelah mendapat result PMR.Memperbanyakkan persediaan sebelum masuk ke menegah atas.


form 4-Tiada masa untuk bermain-main.Fokus SPM ......jangan menyesal .Pastinya memimpin sekolah ke arah yang lebih baik.


form 5-meneruskan perjuangan di luar sekolah bukan sesuatu yang senang.Oleh itu mereka terus berdoa supaya mendapat result yang baik.


akhir kate buang yang keruh,ambil yang jernih........................selamat menanam azam yang baru di dalam di anda

Friday, December 26, 2008

RESULT PMR DAH NAK KLUA!!!!

hari yg ditunggu-tunggukan telah tiba.Syafiq santos dan Amirul Tompel akan mengambil result mereka mungkin pada 27 hari bulan.Pasti didalam hati mereka berdebar mengambil keputusan masing2.Amirul yang rajin dan pernah mendapat anugerah berharap untuk mendapat 9A,begitu juga dengan rakan seperjuangannya Syafiq yang begitu aktif tahun ini walaupun peperiksaan getir sedang menunggunye. Amirul Azizi yang selalu mendapat nombor atas di dalam form manakala rakannya sekadar dapat mendapat nombor bawah sedikit Sekiranya 2 tahun lepas,tiada pelajar dorm l25 yang mendapat 9a,dan tahun lepas seorang sahaja mendapat 9a.Adakah pada tahun ini kita kan menyaksikan dua orang pelajar dorl l25 mendapat 9a?.Kita doakan semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR ini.

tahun 2005
3 orang mendapat 9a

tahun 2006
tiada pelajar mendapat 9a

tahun 2007
1 orang mendapat 9a

tahun 2008
??????

Thursday, December 18, 2008

julingkan mata anda


Wuduk, zikir ‘ubat’ mujarab kawal kemarahan


MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.