Muqadimah

Blog ini telah dihasilkan pada tahun 2008 bagi mempromosikan dorm ini di sekolah SBPI Temerloh dan sekolah lain.Justeru ,memantapkan lagi pentadbiran L25 pada tahun hadapan bagi mencapai wawasan dorm ini dan sekolah.Oleh itu diharapkan semua yang mengikuti Blog dorm ini memberi sokongan yang padu supaya kami dapat mencapai misi kami.Banyak maklumat luar dan dalam sekolah yang disajikan.Semoga semua dapat maklumat informasi tentang dorm kami ,sekolah ,negara, dunia,agama dan akhirat.InsyaAllah


“Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.”
Cubalah perhatikan, betapa itmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan martabat sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui dengan ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.



Sejarah L25

ketua dorm 04/05-Hanif
ketua dorm 05/06-Azwan Ali
ketua dorm 06/07-Fareez
ketua dorm 07/08-Fakhrul Iqbal
ketua dorm 08/09-Kharin Anwar

Jawatankuasa 2008/2009

ketua dorm-kharin anwar
setiausaha - mohd hadri
Bendahari-not been undetified

Ahli dorm tetap:-Syafiq zaimi
-Amirul Azizi
-Muhammad Azim
-Muhammad Farizhul
-Ruzaini Hasif
-Ikram
-Arshad
-Amirul Rafiq

Ahli dorm tidak tetap:-Zakwan
-Hasnul Hisyam
-Mohd Fadzhil
-Ashraf Johari
-Farhan Harun
-Hafizuddin(MUWA)
-Anas
-Aidil Azim
-Pack dose(berpindah)

Kami berharap kamu semua mendoakan kejayaan kami.

Setiausaha dorm


Saturday, December 27, 2008

maal hijrah banyak hikmahnya.....


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


apa kate mereka????


dorm l25


form 1-pastinye akan menjadi lebih matang daripada dahulu....lebih menghormati senior dan menjaga hati adik yang x lame ld ade....


form 2-memastikan mereka mendapat 9a dalam PMR terutamanya Hasif.Lebih mementingkan masa dari terbiar begitu sahaja.


form 3-Banyakkan bertawakal dan bersyukur kerana setelah mendapat result PMR.Memperbanyakkan persediaan sebelum masuk ke menegah atas.


form 4-Tiada masa untuk bermain-main.Fokus SPM ......jangan menyesal .Pastinya memimpin sekolah ke arah yang lebih baik.


form 5-meneruskan perjuangan di luar sekolah bukan sesuatu yang senang.Oleh itu mereka terus berdoa supaya mendapat result yang baik.


akhir kate buang yang keruh,ambil yang jernih........................selamat menanam azam yang baru di dalam di anda

Friday, December 26, 2008

RESULT PMR DAH NAK KLUA!!!!

hari yg ditunggu-tunggukan telah tiba.Syafiq santos dan Amirul Tompel akan mengambil result mereka mungkin pada 27 hari bulan.Pasti didalam hati mereka berdebar mengambil keputusan masing2.Amirul yang rajin dan pernah mendapat anugerah berharap untuk mendapat 9A,begitu juga dengan rakan seperjuangannya Syafiq yang begitu aktif tahun ini walaupun peperiksaan getir sedang menunggunye. Amirul Azizi yang selalu mendapat nombor atas di dalam form manakala rakannya sekadar dapat mendapat nombor bawah sedikit Sekiranya 2 tahun lepas,tiada pelajar dorm l25 yang mendapat 9a,dan tahun lepas seorang sahaja mendapat 9a.Adakah pada tahun ini kita kan menyaksikan dua orang pelajar dorl l25 mendapat 9a?.Kita doakan semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR ini.

tahun 2005
3 orang mendapat 9a

tahun 2006
tiada pelajar mendapat 9a

tahun 2007
1 orang mendapat 9a

tahun 2008
??????

Thursday, December 18, 2008

julingkan mata anda


Wuduk, zikir ‘ubat’ mujarab kawal kemarahan


MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.

Bunkface - Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku

Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku
tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O dan C/O lagi… =)

did you kow?fact


Is a world population of 6 billion too many? Compare that with animals. There are more than a million animal species. There are 6,000 species of reptiles, 73,000 kinds of spiders, and 3,000 types of lice. For each person there is about 200 million insects. The 4,600 kinds of mammals represent a mere 0,3% of animals and the 9000 kinds of birds only 0,7%. The most numerous bird specie is the red-billed quelea of southern Africa. There are an estimated 100 trillion of them.

Mammals are the only animals with flaps around the ears.

African elephants only have four teeth to chew their food with.

There are about one billion cattle in the world of which 200 million are in India.

A house fly lives only 14 days.

ekmal bergoyang n bergoyang


Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.
Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan.
Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi. Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan.

Wednesday, December 17, 2008

Mencari Hidup Tenang

Satu hari semasa aku berjalan2 di kampung aku terjumpa seorg pemuda yg ditimpa masalah. Muka dia mmg serupa org mati bini jadi aku pun tegur dia.

Aku: Kenapa dgn lu ni brader? mcm ada problem jer?

Pemuda: Tadi saya kena rompak. Habis wallet ngan hanset kena pow

Aku: Oh yeke? Saya tgk brader ni bukan org sini

Pemuda: Ya bang saya sebenarnya baru datang ke kampung ni untuk mencari hidup tenang

Aku: Oh.. takpe dulu pun saya cam brader jugak datang ke sini mencari hidup tenang. Brader boleh tumpang kat rumah saya utk sementara waktu.
Masa kat rumah sedg makan nasik aku pun ingin menceritakan nostalgia aku kat pemuda tu.
Aku: Seperti saya cakap tadi saya pun serupa macam brader. Datang ke kampung untuk mencari ketenangan hidup. Dulu saya ni bekerja kat syarikat yg besar kat Kolumpo. Saya masa tu byk duit dan saya lupa akan dunia. Asal dapat gaji aku guna duit tu utk maksiat. Aku joli kat disko lah..... jadi kaki perempuan lah. Kiranya mcam2 maksiat aku dah buat kat dunia nih.

Pemuda: Tragis sungguh!
Aku: Hidup aku menjadi tidak tenang. Jadi aku telah berhijrah ke kampung jumpa mak aku. Aku cakap kat mak yg aku dah insaf. Dia maafkan aku dan sekarang aku tgh menguruskan kebun aku sendiri kat kampung ni sebagai bukti aku dah insaf. Dan hari ini aku telah jumpa kehidupan yg tenang selama ini aku cari.

Pemuda tu: Kebun tu kat mana?
Aku: Takpe lepas makan dan solat saya bawakkan brader lawat kebun saya.
Jadi lepas makan dan solat aku pun bawak pemuda tu pergi kebun aku. Sedang melawat tu tiba2 pemuda itu macam happy gila bila terjumpa salah seorg pekerja aku. Rupa2 nya dia nak cari member dia yg bernama Hidup Tenang Bin Jamaludin. Kenapalah sastera sungguh nama tu?

power ranger tidur...

power ranger pun penat la.. asyik keje overtime je

Tuesday, December 16, 2008

azim mahu bpindah skol tahun dpn???

Azim ahli dorm l25 dengar khabar akan berpindah ke ma'had tahfiz al-amin. Hal ini belum sahih,dan sekiranye jadi.Azim merupakan antara ahli dorm l25 yang banyak mencurah peluh untuk memejukan dorm ini.Selain itu dia juga menyandang jawatan sebagai ketua form 1 yang amat dikenali sebagai predominate95. Banyak konflik dilalui ketika tahun ini dengan ahli dorm dan formnya sendiri.Selain menjadi pemain kriket sekolah dia juga menjadi ahli Briged Bestari .Adakah dia akan berpindah??? kite akan saksikan tahun hadapan..

Sunday, December 14, 2008

telajak subuh...??

Wa 'alaikum mussalam Apabila kita terlajak tidur dan didapati waktu solat telah berakhir, maka apabila bangun, solat qada'itu perlu disegerakan. Maksud saya, dlm contoh yg saudara berikan tu, saudara tidak perlu menunggu hingga zohor, tetapi terus mengerjakan solat qada'subuh apabila terjaga. Namun begitu, janganlah menjadikannya suatu amalan atau menjadi kebiasaan. Utk mengelakkan dari terlewat bangun, saya syorkan supaya tidur awal dan tidak tinggal membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq, al-Nas dan ayat kursi sebelum tidur. Wa 'Állah hualam ----------------- aishah

Tuesday, December 9, 2008

tuntutlah ilmu


Monday, December 8, 2008

slamat ari raya!!!

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka

Sunday, December 7, 2008

What is the colour of Air?


The gasses in the air are colourless; but sometimes sunlight can react with nitrous oxide and volatile organic chemicals polluting the atmosphere, producing a brown haze known as photochemical smog.Even clean air can take on a colour when seen from a distance. Suspended oil particles may give the air a slight bluish tings; common above forests.Although the gasses in the atmosphere are colourless, the sky appears to be blue, because the air molecules scatter the blue part of the spectrum in an effect called Rayleigh scattering. The blue wavelength tends to get scattered (sort of like getting bounced around from molecule to molecule), whereas the red and yellow parts of the spectrum either get absorbed, or pass through. The net effect is, when we look upwards through several miles of atmosphere, the blue light seems to be coming from everywhere, hence the sky seems blue. Near sunlight, the blue has been scattered away, and we see more of the red and yellow, hence the colours of the sunset.So, although the gasses themselves are colourless, they take on a coloured appearance when seen through several miles of air.

Saturday, December 6, 2008




singapore 5-0 cambodia


Agu Casmir 45', 73',
Fahrudin Mustafic (pen) 60',
Indra Sahdan Daud 70',
Noh Alam Shah 90'



Indonesia 3 - 0 Myanmar


Budi Sudarsono 26',
Firman Utina 29',
Bambang Pamungkas 65'






Friday, December 5, 2008

gambo lawak

pastikan anda jangan mintak yg bkn2.......

Sunday, November 30, 2008

60 jam 195 maut


MUMBAI: Drama serangan Mumbai berakhir semalam selepas 60 jam dan 195 orang maut, apabila anggota komando India membunuh tiga lelaki bersenjata terakhir di Hotel Taj Mahal dengan fokus kini bertumpu kepada usaha mengenal pasti dalang di sebalik keganasan itu. Anggota keselamatan yang terus mencari tebusan yang dipercayai masih bersembunyi di bilik hotel sehingga ini hanya mengetahui pembabitan kumpulan ‘Deccan Mujahedeen’ yang mendakwa bertanggungjawab. Pada masa sama, India juga mendedahkan, penyerang tunggal yang ditahan membuat pengakuan berasal dari Pakistan menyebabkan New Delhi menuduh Islamabad turut bersalah. Bagaimanapun, Islamabad menafikan terbabit dan berjanji membantu siasatan. Sekumpulan ejen FBI juga dalam perjalanan ke India untuk memberi bantuan.
Penyerang terbabit jelas sudah bersedia, membawa beg besar diisi buah badam untuk terus bertahan ketika kepungan lama. Satu beg galas ditemui mengandungi 400 biji peluru. Kira-kira 295 orang turut cedera dalam keganasan yang bermula apabila sekurang-kurangnya 12 orang penyerang bersenjata lengkap menyerang 10 kawasan di seluruh bandar ini malam Rabu lalu. Sekurang-kurangnya 20 tentera dan polis turut terkorban dalam operasi berkenaan. Api dan asap hitam menyelubungi 565 bilik di Hotel Taj Mahal selepas subuh semalam ketika tentera India menamatkan kepungan dengan tembakan senjata api bertubi-tubi, beberapa jam selepas pasukan elit komando menyerbu sebuah pusat Yahudi dan menemui sembilan mayat tebusanAda tiga pengganas di Hotel Taj Mahal, kami sudah membunuh mereka,” kata J K Dutt, ketua pengarah unit elit komando Pengawal Keselamatan Nasional India. Tidak lama kemudian, orang ramai yang kagum mengelilingi enam bas membawa komando yang kelihatan letih dan tidak bercukur, bersalam dengan mereka serta memberi bunga. Komando terbabit yang berpakaian serba hitam ,berkata mereka diarah tidak bercakap mengenai operasi itu, namun mengakui tidak tidur sejak serangan bermula malam Rabu lalu. Dengan berakhirnya satu daripada serangan pengganas licik dalam sejarah India, perhatian beralih daripada operasi tentera kepada persoalan siapa dalang di sebalik serangan dan jumlah kematian orang awam yang tinggi.
Antara warga asing yang terbunuh adalah enam rakyat Amerika. Mangsa lain yang korban termasuk warga Israel, dua dari Perancis dan Australia manakala seorang warga Jerman, Jepun, China, Kanada, Britain, Itali, Singapura dan Thailand. Angka kematian berjumlah 195 orang menandakan serangan kali ini yang terburuk di India sejak pengeboman bersiri mengorbankan 257 orang pada 1993 di ibu kota kewangan India itu. India berulang kali digegarkan dengan serangan pengganas dipersalahkan ke atas militan Islam sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun kebanyakannya disasarkan di tempat sesak seperti pasar, selekoh jalan dan taman. Mumbai, satu daripada bandar dengan penduduk paling sesak di dunia dengan kira-kira 18 juta orang, dilanda beberapa siri pengeboman pada Julai 2006 yang membunuh 187 orang. -AP

Saturday, November 29, 2008

Pertempuran di Hotel Taj masih berterusan

MUMBAI: Pertempuran senjata antara komando India dan anggota militan berterusan di Taj Mahal Palace Hotel, sejak malam tadi hingga awal pagi ini, dalam usaha akhir pasukan keselamatan untuk menumpaskan saki baki anggota pengganas. Sejak semalam, angota komando berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 30 orang yang ditahan di hotel itu sejak malam Rabu, apabila sekumpulan pengganas melancarkan serangan di bandar ini. Sejumlah pengganas di hotel Taj terbunuh dalam Operasi Black Tornado itu, manakala sejumlah kecil lagi masih bertempur dengan pasukan keselamatan sejak lebih 50 jam lalu, atau mulai awal pagi tadi.

Ini operasi yang unik," kata ketua pengarah National Security Guard (NSG) JK Dutt kepada pemberita malam tadi. "Kami telah hantar pasukan NSG yang baru, kami tidak mahu lagi kehilangan nyawa. Operasi ini berjaya dan berdasarkan tembakan yang dilepaskan masih terdapat dua hingga tiga orang pengganas di dalam hotel itu," katanya. Lebih 40 letupan didengar daripada hotel itu apabila anggota militan yang terdesak melemparkan bom tangan dan melepaskan tembakan berterusan ke arah pasukan komando. Petang semalam, dua wartawan cedera ringan apabila terkena serpihSeni bina hotel itu, dengan tangga yang berpusing dan bilik tersembunyi menyukarkan pasukan keselamatan menumpaskan anggota militan, yang jumlahnya antara 20 dan 30 orang ketika mereka menawan hotel itu. Pasukan keselamatan juga menemui hampir 25 kilogeram (kg) bahan letupan RDX di dalam hotel mewah itu. Letupan dan tembakan berterusan dari beberapa bahagian hotel warisan itu - yang mempunyai bangunan lama dan baru - memusnahkan sebahagian hotel yang berusia satu abad itu. Sementara itu, komando NSG petang semalam membebaskan Oberoi Trident dan Nariman House, yang turut ditawan pengganas sejak Rabu. - Bernama an bom tangan.

Friday, November 28, 2008

Eleven new extrasolar planets discovered(2001)

An international team of astronomers announced Thursday the discovery of 11 new planets orbiting other stars, including a pair locked in an orbital resonance and another with a very Earth-like orbit.
The team, led by veteran planet hunter Michel Mayor of Geneva University in Switzerland, used telescopes in Chile, France, and Israel to detect the planets, all orbiting Sun-like stars 28 to 65 parsecs from the Earth.
Among the new 11 planets were a number of interesting discoveries. Two new solar systems ­ defined as more than one planet orbiting the same star ­ were discovered. One, HD 74156, features one planet with a minimum mass 1.5 times that of Jupiter orbiting 40 million kilometers from the star, and a second 5 times as massive orbiting 725 million kilometers away, almost the same distance Jupiter is from the Sun.
Another new planet orbits the star HD 82943, where another planet was discovered last year. The new planet, just under 90% of the planet Jupiter, orbits 110 million kilometers from the star and completes an orbit every 222 days, exactly half the orbital period of the other planet. Astronomers attribute this to an orbital resonance, when the gravity of the two planets lock them into marchstep, and is seen as additional evidence that the planets truly exist. It's the second such resonant system discovered: last year astronomers reported finding two planets locked into a similar "2:1" resonance around the star Gliese 876.
All the planets discovered by Mayor's group are gas giants, up to ten times the mass of Jupiter, and most lie in orbits that are either very close to their parent stars or very distant. However, one, orbiting HD 28185, is about the same distance from its star as the Earth is from the Sun, and has a relatively circular orbit, making it one of the most promising planets for life yet discovered. While it is unlikely the planet itself could support life -- it is at least 5.6 times as heavy as Jupiter -- any large moons that orbit the planet would at least have the right amount of solar radiation to support Earth-like conditions.
One planet unlikely to support life in any way is the one found orbiting HD 80606. It has the most eccentric orbit of any extrasolar planet yet discovered, going between 5 and 127 kilometers from its parent star.
These new planets were detected using the radial velocity technique, the same method used to find most of the extrasolar planets discovered to date. The technique looks for a wobble in the parent star caused by the gravity of the orbiting planet. That wobble is manifested in the form a periodic Doppler shift of the spectra of the star, which is measured by high-resolution spectrographs mounted on telescopes.
A drawback of the technique is that it can only provide minimum masses of the planets, since astronomers don't know if they are viewing the planet's orbit edge-on, which would maximize the wobble and thus minimize the mass, or nearly face-on, which would minimize the wobble and thus require a far more massive planet. Astronomers plan to use new interferometer systems on telescopes like the Very Large Telescope in Chile in an attempt to measure the wobbles in the positions of the stars themselves, and thus better determine the masses of the planets

Thursday, November 27, 2008

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wednesday, November 26, 2008

why can't fly




penguin


Long ago the ancestors of penguins were birds that could fly. However, they evolved to become superb divers, and in the process lost the power of flight. A flying bird has to minimise its weight. For example, all flying birds have hollow bones. In contrast, to be a successful diver a penguin wants to keep it's weight high, so they have solid bones. Penguins are excellent divers, they can dive to depths of 300m and remain down for up to 20 minutes. While penguins cannot fly in the air, they do seem to fly through the water - if you ever get the chance to see penguins swimming in a large and deep pool you will never again say they can't fly!

Melly Goeslaw - Dibius Cinta (feat Yusry)


Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata


Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…


[ Dibius Cinta (feat Yusry) lyric found on www.lirik.tv ] Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu…


Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…


Aku dibius cinta…

Aku dibus cinta…

Monday, November 24, 2008

Taliban

flag of taliban




The Taliban (Pashto: طالبان ṭālibān, also anglicised as Taleban; translation: "students") is a Sunni Islamist, predominately Pashtun movement[3] that ruled most of Afghanistan from 1996 until 2001, when its leaders were removed from power by Northern Alliance and NATO forces. Following this it regrouped and since 2004 it has made a strong revival as an insurgency movement[4][5] fighting a protracted guerrilla war against the current government of Afghanistan, allied NATO forces participating in Operation Enduring Freedom, and the NATO-led International Security Assistance Force (ISAF).[6] No longer operating only in Afghanistan, it is based in the Frontier Tribal Areas of Pakistan.[7]
The Taliban movement is headed by Mullah Mohammed Omar. Mullah Omar's original commanders were "a mixture of former small-unit military commanders and Madrasah teachers,"[8] and the rank and file made up mostly of Afghan refugees who had studied at Islamic religious schools in Pakistan. The overwhelming majority of the Taliban movement were ethnic Pashtuns from southern Afghanistan and western Pakistan, along with a smaller number of volunteers from Islamic countries or regions in North Africa, the Middle East and the former Soviet Union. The Taliban received valuable training, supplies and arms from the Pakistani government, particularly the Inter-Services Intelligence (ISI),[9] and many recruits from Madrasahs for Afghan refugees in Pakistan, primarily ones established by the Jamiat Ulema-e-Islam JUI.[10]
Although in control of Afghanistan's capital (Kabul) and much or most of the country for five years, the Taliban regime, or "Islamic Emirate of Afghanistan," gained diplomatic recognition from only three states: Pakistan, Saudi Arabia, and the United Arab Emirates.
While in power, the Taliban implemented the "strictest interpretation of Sharia law ever seen in the Muslim world,"[11] and became notorious internationally for their treatment of women.[12]

Sunday, November 23, 2008

KITAB SEMBAHYANG ISTISQA' (SEMBAHYANG MINTA HUJAN)

Hadis Abdullah bin Zaid Al-Mazini r.a katanyaRasulullah s.a.w telah keluar menuju ke tempat sembahyang untuk mendirikan sembahyang Istisqa' (sembahyang minta hujan) dan baginda memakai selendang secara terbalik ketika menghadap kiblat

Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan) adalah solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh.
Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa'. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat.
Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali

anda tahukah?

Susunan locker L25 telah diubah buat kali pertama setelah empat tahun tidak diubah.

Terdapat tiga pemain kriket muda sekolah di dalam dorm L25.

permainan popular dorm L25 pada tahun 2008 mengikut ranking :

1)futsal 1 on1 dorm
2)UNO
3)Ceper

result for epl



liverpool vs fulham (0-0)


aston villa vs man u(0-0)


chelsea vs newcastle(0-0)


man city vs arsenal(3-0)


portsmoth vs hull(2-2)


stoke city vs WBA(1-0)


m'boro vs boltom(1-3)

Saturday, November 22, 2008

Michael Jackson peluk Islam

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki. Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini. Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru. Rakannya, David Wharnsby – seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips. "Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu. Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa – bermaksud orang yang terpilih. Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru. Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu. Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. – Agensi



Friday, November 21, 2008

kenali ahli tetap dormL25

kharin anwar F4 telah memebantu skuad futsal sekolah pilihan ke 4 mara ke suku akhir kejuaraan terbuka ABS U-15 pada november 2007.

hadri F4 telah membantu skuad hoki U-18 SBPI Temerloh untuk meraih pingat pertama untuk sekolah iaitu pingat gangsa

ruzaini hasif F2 telah membantu skuad bola sepak U-14 sekolah menang 4-2 dengan skuad U-14 SEMSAS pada tahun 2008.

Farizul F1 telah membantu F1 menjaringkan 2 gol ketika perlawanan persahabatan tidak rasmi dengan F4. Namun gol tersebut tidak memadai kerana mereka kalah dengan F4 4-2.

Arshad F4 meluangkan masa lapangnya dengan study kimia dengan Add Math.

Rafiq F4 merupakan ahli dorm L25 yang mendapat banyak A dalam Addmath di kalangan F4 pada tahun ini.

Azim F1 merupakan ahli dorm L25 yang pertama telah terpilih dalam Briged bestari

Hafiy Azim F5 merupakan ahli dorm kedua menyandang jawatan besar selain JAKSA selepas Mursyed(batch O2Osix)

Amirul Azizi F3 telah mendapat anugerah peningkatan paling drastik F2 pada tahun ini.

Kelo F5 tetap melaksanakan tugasnya walaupun selalu lepak dekat dorm lain.

Aiman Crouch F5 telah membantu skuad rumah Aminudin Baki menang tempat ke-2 dalam kejohanan futsal antara rumah bersempana Minggu Remaja Proaktif.

Syafiq santos F3 telah menjadi maskot penyu untuk rumah Aminudin Baki pada tahun 2006.

Ikram F2 pandai dalam menjahit seluar cerut .

buah naga


Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram!
Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.Spesies lain

Spesies lain

Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus(isi putih) dan Hylocereus polyrhizus(isi merah). Spesies lain yang kurang terkenal ialah Seleniereus megalanthus, yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning


Bunga

Bunga pokok naga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar, yang bertindak sebagai agen pendebungaan. Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas subuh, bunganya mula kuncup. Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan epal.


Zat makanan

Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.
Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.


Teknik memilih
Apabila memilih buah naga, pastikan buahnya berat, kelihatan segar, dan keras serta berkilat, dengan sisik, yang berwarna kehijauan. Buah naga sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus dan dimasukkan ke dalam salah buah-buahan, ataupun dijadikan ramuan masakan seperti sup(bagi buah yang muda).

sumber:wikipedia

Thursday, November 20, 2008

hadis #159: Menghadiri upacara pemakaman adalah bagian dari iman

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah Saw. pernah bersabda, "Orangberiman yang menghadiri upacara pemakaman seorang Muslim dengan ikhlas danberharap memperoleh pahala Allah Swt. dan berada di sana hingga ikutmenshalatkan dan upacara pemakaman diselesaikan, ia akan pulang denganmemperoleh dua qirat. Masing-masing qirat ukurannya sebesar Gunung Uhud.Sedangkan yang hadir hanya sampai menshalatkan, memperoleh satu qirat saja."[1:44-S.A.]---Shahih Al-Bukhari, dikutip dari buku "Ringkasan Shahih Al-Bukhari" disusunoleh Al-Imam Zainuddin Ahmad bin Abdul-Lathif Az-Zabidi [44-R.S.A.]

inernational result


san marino 0-3 republic czech


spain 3-0 chile


france 0-0 uruguay


germany 1-2 england


denmark 0-1 wales


greece 1-1 italy


netherland 3-1 hungary


scotland 0-1 argentina

Wednesday, November 19, 2008

koleksi jenaka




Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha
answer : Orang sedang panjat tiang talipon



Apa nama sudirman masa kecil?
Answer : Sudirboy


Rumah apakah yang gunakan banyak air?


answer : Rumah terbakar
"Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..
2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.SENYUM pada kekasih tanda cinta.SENYUM depan telefon tanda gila,masih SENYUM lagi... memang sah GILA!
3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )MASIH PICIT??LUAR BIASA!!!!
4. "Cinta..ibarat kentut... "makin dipendam makin gelisah...bila di lepaskan ... ... .ahhhhhhh lega rasanya... ...
.5.Aku terpaku dek renungan matamu,hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"
6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

Penganut Islam di Malaysia tak boleh tukar agama, kata bekas hakim

PUTRAJAYA: Konsep kebebasan beragama tidak terpakai bagi umat Islam di negara ini, kata seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi hari ini. Datuk Faiza Tamby Chik berkata berdasarkan undang-undang di negara ini, tidak mudah bagi seorang penganut Islam untuk keluar daripada agama itu. Sambil mengambil contoh kes murtad Lina Joy, Faiza berkata dalam penghakimannya, mahkamah tinggi memutuskan bahawa mengikut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu akan terus kekal sebagai penganut Islam hingga akhir hayatnya.

“Orang Melayu tidak boleh meninggalkan agamanya melalui surat ikatan pol dan mendapatkan perisytiharan berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,” katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk ’Orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan’ pada Seminar Perbandingan Agama Antarabangsa (ISCOM 2008) yang berakhir hari ini. Seminar dua hari anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu turut disertai ilmuan dari universiti Sydney, Syria dan Filipina. Kini, Faiza berkhidmat sebagai fellow di Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM.

Bekas hakim itu berkata mahkamah berkenaan juga memutuskan bahawa sekiranya seseorang bukan Melayu memeluk Islam dan kemudian membuat keputusan untuk keluar daripada agama itu, dia perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri berkenaan, yang akan membuat keputusan tentang rancangannya itu. - Bernama

Fernando Cavenaghi



personal information
Full name :Fernando Ezequiel Cavenaghi
Date of birth:September 21, 1983 (1983-09-21) (age 25)
Place of birth :General O'Brien, Argentina
Height:1.81 m (5 ft 11+1⁄2 in)
Playing position:Striker

Club information
Current club:Bordeaux
Number:9


Senior clubs
Years Club App (Gls)*
2001-2004 River Plate 89(55)


2004-2006 Spartak Moscow 51(12)


2007-present Bordeaux 45(24)

National team
2003 Argentina under-20 7(4)


2008 Argentina 4(0)

Int Football - Walcott out after dislocating shoulder


The 19-year-old was taken to hospital in agony after suffering the dislocation in a freak accident as he fell in the rain at the Olympic Stadium.
Although Walcott's shoulder was quickly put back into place, the player was in understandable discomfort when he returned to England's team hotel, where an assessment will be made in the morning over his return to London.
An hour earlier, Capello had been stressing how understanding England's major club bosses were over his new philosophy for examining players apparently unfit for international combat only a few days after completing duties for the teams which pay their wages

malaysia kalah lak ngan myanmar


malaysia terpaksa berpuas hati dengan kekalahan dengan myanmar dalam pertandingan 2008 grand royal challenge cup


malaysia 1-4 myanmar
walaupun kalah,diharap kekalahan itu dapat menyedarkan pemain dan jurulatih untuk merancang strategi dan mencari kesilapan untuk dibetulkan.
pada 29 november ini juga ada perlawanan persahabatan dengan singapura sebelum mempersiapkan diri dalam piala AFF Suzuki.Diharap skuad kebangsaan dapat menggembirakan kita semua rakyat malaysia dan mengembalikan kegemilangan bola sepak yang pernah diterajui oleh negara kita suatu ketika dahulu.

Tuesday, November 18, 2008

Hujan - Dugaannya


Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,Pilu mula terasa.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?


Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo
,Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.


Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.


Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?


Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.


Ini semua dugaan Nya,(2X)

Monday, November 17, 2008

serigala jadian wujud


Menyalak kepada bulan, membunuh dan memakan daging manusiaPADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya. Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malamSyaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.




Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian. Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan. Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian. Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa berupa haiwan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan? Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malah ia sudah berlarutan selama ratusan tahun malah wujud dalam budaya banyak bangsa di dunia ini. Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki. Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.


Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama. Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka. Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud! Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam. Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain. Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan penyelidik percaya kes membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada lycanthropy. Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.” Selain sindrom lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala. Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini. INFO: Serigala jadian
Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 SM iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.
Antara 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian.
Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.

2008 Myanmar Grand Royal Challenge Cup

The 2008 Myanmar Grand Royal Challenge Cup is the third edition of the tournament. The tournament will take place between November 11 till November 21.

malaysia vs

November 12, 2008
Vietnam U-23
W
3-0
Thuwunna YTC Stadium, Yangon, Myanmar
2008 Grand Royal Challenge Cup2
Indra Putra 26' Amirul Hadi 40'Hardi 55'

November 14, 2008
Ulsan Hyundai Horang-i
D
1-1
Thuwunna YTC Stadium, Yangon, Myanmar
2008 Grand Royal Challenge Cup2
Zaquan 52'

November 18, 2008
Myanmar
Thuwunna YTC Stadium, Yangon, Myanmar
2008 Grand Royal Challenge Cup

4 perkara

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

isu semasa(Tol Plus turun)

Kadar baru diumum Selasa ini: Mohd ZinSEPANG: Plus Expressways Berhad (Plus) dijangka menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh syarikat berkenaan Selasa ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, tetapi menjelaskan persetujuan berkenaan dicapai selepas kerajaan mengadakan rundingan dengan semua syarikat pemegang konsesi, termasuk Plus bagi menilai semula bayaran tol lebuh raya di seluruh negara, sejak beberapa bulan lalu. Saya yakin pengumuman berkenaan akan memberi khabar gembira kepada sebahagian besar pengguna lebuh raya di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tche Min, Sungai Pelek, di sini semalam. Sebelum ini, Plus dilaporkan sudah menyediakan semua maklumat yang diminta kerajaan berhubung rancangan untuk mengkaji semula perjanjian konsesi bagi mengurangkan kadar tol. Pada 1 Januari lalu, kadar tol di enam lebuh raya iaitu Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Lebuh raya Kulim-Butterworth, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, dinaikkan antara 30 sen hingga RM10.70Bagi lebuh raya yang dikendalikan Plus, Jambatan Pulau Pinang, Lebuh raya Bertingkat Ampang-Ulu Klang (Prolintas) serta Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)-Kerinchi dan Damansara Link, kadar tol tidak dinaikkan. Kali terakhir Plus menaikkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya ialah pada 2005. Bagaimanapun, Mohd Zin kesal kerana ada pemegang konsesi seperti Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) enggan menurunkan kadar tol, walaupun sudah mencacat keuntungan besar. Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kerajaan sehingga kini sudah membayar pampasan tunai RM630.5 juta kepada LDP bagi pengurangan dan penyusunan semula kadar tol antara 1999 hingga 2007, manakala kutipan tol sejak tempoh konsesi bermula pada 31 Disember 1996 pula mencecah RM1.28 bilion.
Berikutan itu, katanya, LDP adalah lebuh raya yang merekodkan keuntungan dan sewajarnya meringankan sedikit beban pengguna kerana tempoh konsesi mereka hanya berakhir pada 31 Disember 2029. Beliau juga dipetik berkata, mutu perkhidmatan lebuh raya berkenaan sudah merosot hingga ke tahap 'F' di Plaza Tol Petaling dan Penchala serta tahap 'D' di Plaza Tol Puchong Barat dan Puchong Selatan, manakala lokasinya pula tidak menyediakan laluan alternatif yang munasabah. Dalam perkembangan lain, Mohd Zin berkata, kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) mampu mengurangkan penggunaan tenaga kerja asing sebanyak 75 peratus dalam industri pembinaan negara, mulai tahun depan.

Saturday, November 15, 2008

kata hikmah adab

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).

Syekh Taqiyuddin An Nabhani

Syekh Taqiyuddin An Nabhani (1909-1977) adalah seorang qadi (hakim), penyair, sasterawan dan salah seorang ulama terkemuka dalam Daulah Utsmaniyah. Nama penuhnya "Syekh Muhammad Taqiyyuddin bin Ibrahim bin Musthafa bin Ismail bin Yusuf An Nabhani".
Dilahirkan di daerah Ijzim, Syekh An Nabhani dinisbahkan kepada kabilah Bani Nabhan yang termasuk orang Arab, penghuni padang sahara di Palestin. Mereka bermukim di daerah Ijzim yang termasuk wilayah Haifa di Palestin Utara.

liverpool menang

kemenangan liverpool terhadap bolton memberi tekanan kepada chelsea untuk bertahan dalam kedudukan pertama dalam liga.Perlawanan pada hari esok menentukan hala tuju chelsea selepas ini.Liverpool menang hasil jaringan kuyt dan gerrard dengan gol tanduk masing-masing.

balik cuti sekolah

pada 14 september ,semu pelajar balik ke rumah masing-masing untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu.bagi ahli dorm L25 waktu cuti ini digunakan untuk menjalankan tugas masing-masing unutk mencerikan dorm masing-masing.

perancangan yang diharapkan pada tahun hadapan ialah:
-membeli tikar untuk diletakkan didalam dorm

kami berharap juga dengan KOMMMENT anda yang mantap dapat memantapkan juga dorm kami supaya cemerlang,gemilang dan terbilang pada tahun hadapan.hendak seribu daya ,taknak seribu dalih.

jamuan dorm l25 2008

pada malam 13 september 2008,ahli-ahli dorm L25 berkumpul untuk bersama-sama menyambut jamuan dorm julung-julung kalinya dibuat pertama kali di sekolah SBPI temerloh.Walaupun dalam keadaan tidak formal ,tetaqpi makanan disambut meriah dengan kehadiran semua ahli-ahli dorm.banyak jenis makanan dijamu pada malam tersebut walaupun dalam keadaan kelam kabut kerana keesokan harinya ,semua pelajar kecuali fom 5 akan bercuti selama sebulan setengah.makanan2 tersebut disumbangkan loeh mohd hadri bin khamis dengan hasil kerjasama muhammad azim (form 1).akhirnya jamuan dorm daqpat dijalankan dengan lancar walaupun banyak rintangan yang dilalui sepanjang tahun ini.dengan kepimpinan yang baru pada tahun hadapan,kami berharap dapat menaikkan nama dorm kami di persada SEKOLAH.

hasan al-banna

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari
Hassan al-Banna dilahirkan pada tanggal 14 Oktober 1906 di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir. Pada usia 12 tahun, Hasan al-Banna telah menghafal al-Qur'an. Ia adalah seorang mujahid dakwah, peletak dasar-dasar gerakan Islam sekaligus sebagai pendiri dan pimpinan Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Muslimin).
Ia memperjuangkan Islam menurut Al-Quran dan Sunnah hingga dibunuh oleh penembak misterius yang oleh banyak kalangan diyakini sebagai penembak 'titipan' pemerintah pada 12 Februari 1949 di Kairo.
Kepergian Hassan al-Banna pun menjadi duka berkepanjangan bagi umat Islam. Ia mewariskan 2 karya monumentalnya, yaitu Catatan Harian Dakwah dan Da'i serta Kumpulan Surat-surat. Selain itu Hasan al-Banna mewariskan semangat dan teladan dakwah bagi seluruh aktivis dakwah saat ini

Sunday, September 28, 2008

lawak jenaka

"Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si Makcik mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut."Anak muda, aku mungkin tua dan kampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!""Makcik, ini adalah lift"

Friday, September 26, 2008

Penyakit Rubela

Rubela atau dikenali sebagai German measles merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus biasanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu yang dijangkiti. Rubela dicirikan dengan bintik-bintik ruam merah. Ancaman virus Rubela yang paling menakutkan oleh virus rubela ini sekiranya ia menjangkiti wanita yang hamil dalam tempoh 12 minggu pertama atau tiga bulan. Ini disebabkan virus rubela boleh merentasi sistem pertahanan uri dan masuk ke dalam tubuh janin yang sedang membentuk menjadi bayi. Jangkitan virus rubela pada bayi dikenali sebagai sindrom konginetal rubela. Sindrom konginetal rubela terutama pada peringkat awal kehamilan ini dianggap merbahaya kerana sifat janin mula membentuk. Sindrom konginetal rubela memberikan risiko kecacatan yang tinggi terhadap bayi dalam kandungan termasuk kecacatan seperti buta, katarak, hilang pendengaran, masalah jantung dan adakalanya terencat akal. Dianggarkan lebih 85 peratus bayi yang dijangkiti dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan terdedah dengan risiko yang berbahaya. Malah wanita hamil yang dijangkiti sindrom konginetal rubela pada akhir tempoh mengandung juga berhadapan dengan risiko bayi yang dilahirkan mempunyai perkembangan yang lambat bagi belajar berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti yang mudah. Rubela pada remaja dan orang dewasa dicirikan dengan pening kepala, sakit tekak, demam dan ruam kecil berwarna merah merupakan sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit. Ia biasanya menjangkiti kulit dan kelenjar limfa.

*Penyakit Rubela ditakuti kerana rekod serangannya yang menakutkan. Ketika wabak Rubela merebak di Amerika Syarikat pada tahun 1967-1965, lebih 20,000 bayi telah dilahirkan cacat. Wabak Rubela juga dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 kes keguguran dan bayi yang lahir mati sejurus dilahirkan. Dianggarkan 25 peratus bayi yang mendapat jangkitan rubela pada tiga bulan pertama usia kandungan dilahirkan dengan satu jenis atau lebih kecacatan. Ibu-ibu yang mendapat jangkitan rubela selepas trimester yang kedua, risiko mendapat sindrom konginetal rubela boleh menyebabkan masalah lain seperti:

-Lahir tidak cukup bulan
-Berat badan yang kurang
-Masalah makan
-Cirit-birit
-Jangkitan kuman dalam paru-paru
-Anemia
-Radang paru-paru
-Mudah mengalami pendarahan
-Bintik-bintik merah ungu pada muka dan tubuh
-Pembengkakan hati dan limpa

*Untuk menghindar daripada penyakit Rubela, seseorang itu boleh menjalani ujian darah bagi mengenal pasti sama ada terdapat antibodi terhadap rubela di dalam darah mereka. Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian imuniti terhadap rubela sebelum mereka hamil. Vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal rubela. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil. Bagaimanapun, doktor tidak akan menggugurkan kandungan sekiranya wanita terbabit tidak menyedari bahawa mereka hamil ketika mendapat suntikan imunasi. Rubela amat mudah berjangkit dalam tempoh satu minggu sehinggalah tujuh hari selepas ruam timbul.