Muqadimah

Blog ini telah dihasilkan pada tahun 2008 bagi mempromosikan dorm ini di sekolah SBPI Temerloh dan sekolah lain.Justeru ,memantapkan lagi pentadbiran L25 pada tahun hadapan bagi mencapai wawasan dorm ini dan sekolah.Oleh itu diharapkan semua yang mengikuti Blog dorm ini memberi sokongan yang padu supaya kami dapat mencapai misi kami.Banyak maklumat luar dan dalam sekolah yang disajikan.Semoga semua dapat maklumat informasi tentang dorm kami ,sekolah ,negara, dunia,agama dan akhirat.InsyaAllah


“Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.”
Cubalah perhatikan, betapa itmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan martabat sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui dengan ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.



Sejarah L25

ketua dorm 04/05-Hanif
ketua dorm 05/06-Azwan Ali
ketua dorm 06/07-Fareez
ketua dorm 07/08-Fakhrul Iqbal
ketua dorm 08/09-Kharin Anwar

Jawatankuasa 2008/2009

ketua dorm-kharin anwar
setiausaha - mohd hadri
Bendahari-not been undetified

Ahli dorm tetap:-Syafiq zaimi
-Amirul Azizi
-Muhammad Azim
-Muhammad Farizhul
-Ruzaini Hasif
-Ikram
-Arshad
-Amirul Rafiq

Ahli dorm tidak tetap:-Zakwan
-Hasnul Hisyam
-Mohd Fadzhil
-Ashraf Johari
-Farhan Harun
-Hafizuddin(MUWA)
-Anas
-Aidil Azim
-Pack dose(berpindah)

Kami berharap kamu semua mendoakan kejayaan kami.

Setiausaha dorm


Wednesday, November 19, 2008

Penganut Islam di Malaysia tak boleh tukar agama, kata bekas hakim

PUTRAJAYA: Konsep kebebasan beragama tidak terpakai bagi umat Islam di negara ini, kata seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi hari ini. Datuk Faiza Tamby Chik berkata berdasarkan undang-undang di negara ini, tidak mudah bagi seorang penganut Islam untuk keluar daripada agama itu. Sambil mengambil contoh kes murtad Lina Joy, Faiza berkata dalam penghakimannya, mahkamah tinggi memutuskan bahawa mengikut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu akan terus kekal sebagai penganut Islam hingga akhir hayatnya.

“Orang Melayu tidak boleh meninggalkan agamanya melalui surat ikatan pol dan mendapatkan perisytiharan berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,” katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk ’Orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan’ pada Seminar Perbandingan Agama Antarabangsa (ISCOM 2008) yang berakhir hari ini. Seminar dua hari anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu turut disertai ilmuan dari universiti Sydney, Syria dan Filipina. Kini, Faiza berkhidmat sebagai fellow di Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM.

Bekas hakim itu berkata mahkamah berkenaan juga memutuskan bahawa sekiranya seseorang bukan Melayu memeluk Islam dan kemudian membuat keputusan untuk keluar daripada agama itu, dia perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri berkenaan, yang akan membuat keputusan tentang rancangannya itu. - Bernama

No comments: