Muqadimah

Blog ini telah dihasilkan pada tahun 2008 bagi mempromosikan dorm ini di sekolah SBPI Temerloh dan sekolah lain.Justeru ,memantapkan lagi pentadbiran L25 pada tahun hadapan bagi mencapai wawasan dorm ini dan sekolah.Oleh itu diharapkan semua yang mengikuti Blog dorm ini memberi sokongan yang padu supaya kami dapat mencapai misi kami.Banyak maklumat luar dan dalam sekolah yang disajikan.Semoga semua dapat maklumat informasi tentang dorm kami ,sekolah ,negara, dunia,agama dan akhirat.InsyaAllah


“Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.”
Cubalah perhatikan, betapa itmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan martabat sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui dengan ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.



Sejarah L25

ketua dorm 04/05-Hanif
ketua dorm 05/06-Azwan Ali
ketua dorm 06/07-Fareez
ketua dorm 07/08-Fakhrul Iqbal
ketua dorm 08/09-Kharin Anwar

Jawatankuasa 2008/2009

ketua dorm-kharin anwar
setiausaha - mohd hadri
Bendahari-not been undetified

Ahli dorm tetap:-Syafiq zaimi
-Amirul Azizi
-Muhammad Azim
-Muhammad Farizhul
-Ruzaini Hasif
-Ikram
-Arshad
-Amirul Rafiq

Ahli dorm tidak tetap:-Zakwan
-Hasnul Hisyam
-Mohd Fadzhil
-Ashraf Johari
-Farhan Harun
-Hafizuddin(MUWA)
-Anas
-Aidil Azim
-Pack dose(berpindah)

Kami berharap kamu semua mendoakan kejayaan kami.

Setiausaha dorm


Saturday, November 22, 2008

Michael Jackson peluk Islam

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki. Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini. Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru. Rakannya, David Wharnsby – seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips. "Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu. Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa – bermaksud orang yang terpilih. Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru. Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu. Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. – Agensi



No comments: