Muqadimah

Blog ini telah dihasilkan pada tahun 2008 bagi mempromosikan dorm ini di sekolah SBPI Temerloh dan sekolah lain.Justeru ,memantapkan lagi pentadbiran L25 pada tahun hadapan bagi mencapai wawasan dorm ini dan sekolah.Oleh itu diharapkan semua yang mengikuti Blog dorm ini memberi sokongan yang padu supaya kami dapat mencapai misi kami.Banyak maklumat luar dan dalam sekolah yang disajikan.Semoga semua dapat maklumat informasi tentang dorm kami ,sekolah ,negara, dunia,agama dan akhirat.InsyaAllah


“Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.”
Cubalah perhatikan, betapa itmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan martabat sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui dengan ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.



Sejarah L25

ketua dorm 04/05-Hanif
ketua dorm 05/06-Azwan Ali
ketua dorm 06/07-Fareez
ketua dorm 07/08-Fakhrul Iqbal
ketua dorm 08/09-Kharin Anwar

Jawatankuasa 2008/2009

ketua dorm-kharin anwar
setiausaha - mohd hadri
Bendahari-not been undetified

Ahli dorm tetap:-Syafiq zaimi
-Amirul Azizi
-Muhammad Azim
-Muhammad Farizhul
-Ruzaini Hasif
-Ikram
-Arshad
-Amirul Rafiq

Ahli dorm tidak tetap:-Zakwan
-Hasnul Hisyam
-Mohd Fadzhil
-Ashraf Johari
-Farhan Harun
-Hafizuddin(MUWA)
-Anas
-Aidil Azim
-Pack dose(berpindah)

Kami berharap kamu semua mendoakan kejayaan kami.

Setiausaha dorm


Monday, November 17, 2008

isu semasa(Tol Plus turun)

Kadar baru diumum Selasa ini: Mohd ZinSEPANG: Plus Expressways Berhad (Plus) dijangka menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh syarikat berkenaan Selasa ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, tetapi menjelaskan persetujuan berkenaan dicapai selepas kerajaan mengadakan rundingan dengan semua syarikat pemegang konsesi, termasuk Plus bagi menilai semula bayaran tol lebuh raya di seluruh negara, sejak beberapa bulan lalu. Saya yakin pengumuman berkenaan akan memberi khabar gembira kepada sebahagian besar pengguna lebuh raya di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tche Min, Sungai Pelek, di sini semalam. Sebelum ini, Plus dilaporkan sudah menyediakan semua maklumat yang diminta kerajaan berhubung rancangan untuk mengkaji semula perjanjian konsesi bagi mengurangkan kadar tol. Pada 1 Januari lalu, kadar tol di enam lebuh raya iaitu Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Lebuh raya Kulim-Butterworth, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, dinaikkan antara 30 sen hingga RM10.70Bagi lebuh raya yang dikendalikan Plus, Jambatan Pulau Pinang, Lebuh raya Bertingkat Ampang-Ulu Klang (Prolintas) serta Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)-Kerinchi dan Damansara Link, kadar tol tidak dinaikkan. Kali terakhir Plus menaikkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya ialah pada 2005. Bagaimanapun, Mohd Zin kesal kerana ada pemegang konsesi seperti Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) enggan menurunkan kadar tol, walaupun sudah mencacat keuntungan besar. Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kerajaan sehingga kini sudah membayar pampasan tunai RM630.5 juta kepada LDP bagi pengurangan dan penyusunan semula kadar tol antara 1999 hingga 2007, manakala kutipan tol sejak tempoh konsesi bermula pada 31 Disember 1996 pula mencecah RM1.28 bilion.
Berikutan itu, katanya, LDP adalah lebuh raya yang merekodkan keuntungan dan sewajarnya meringankan sedikit beban pengguna kerana tempoh konsesi mereka hanya berakhir pada 31 Disember 2029. Beliau juga dipetik berkata, mutu perkhidmatan lebuh raya berkenaan sudah merosot hingga ke tahap 'F' di Plaza Tol Petaling dan Penchala serta tahap 'D' di Plaza Tol Puchong Barat dan Puchong Selatan, manakala lokasinya pula tidak menyediakan laluan alternatif yang munasabah. Dalam perkembangan lain, Mohd Zin berkata, kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) mampu mengurangkan penggunaan tenaga kerja asing sebanyak 75 peratus dalam industri pembinaan negara, mulai tahun depan.

No comments: